EDU 3093 Guru dan
Cabaran Semasa
1.0
PENGENALAN.
Pendidikan
adalah satu sistem dinamik yang akan melalui perubahan dari semasa ke semasa
bagi memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara. Perubahan yang berlaku
antaranya adalah untuk menyediakan modal insan yang sejajar dengan perkembangan
dunia semasa dalam memastikan sesebuah negara tidak akan ketinggalan dalam
aspek perkembangan dan pembangunan peringkat global.
Dalam
sistem pendidikan di Malaysia, kita telah sedia maklum bahawa
perubahan-perubahan yang berlaku memerlukan komitmen daripada semua pihak.
Sehubungan dengan itu, pelbagai strategi perlu disusun dan diatur dalam
melaksanakan perubahan.
Sejak
zaman 1970-an lagi, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pembaharuan
dalam aspek kurikulum. Dalam hal ini, gurulah yang bertindak sebagai agen
perubahan untuk menjana transformasi pendidikan negara demi melahirkan modal
insan yang mampu berdaya saing untuk membangunkan Negara selaras dengan misi
Wawasan 2020 yang dibawa oleh mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr
Mahathir Bin Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian yang
maju menjelang tahun 2020.
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)
mula dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan. Bertitik tolak daripada
pelaksanaan KLSR tersebut, sistem pendidikan negara sering mengalami perubahan
mengikut situasi semasa. Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah
dengan memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
Namun begitu, KBSR telah
disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Manakala, terbaharu KBSR (semakan)
telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras
dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pembaharuan
kurikulum yang dilakukan ini boleh dikatakan sebagai satu inovasi kurikulum
yang utama atau reformasi yang menyeluruh.
Sejajar dengan perkembangan dunia
teknologi maklumat serta perubahan dan cabaran alaf ke-21, sistem Pendidikan
Kebangsaan sentiasa diperkemas dan dibuat penambahbaikan dari masa ke masa.
Proses yang dinamik dan berterusan dilaksanakan dalam pembangunan kurikulum ini
bermatlamat untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan
sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih
bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di
seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira
bangsa, kaum mahu pun agama.
Kepentingan Inovasi
Dan Perubahan Pendidikan
Ø Menghasilkan
produk atau perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai
terasnya.
Ø Menginstitusikan
idea baru yang lebih mantap dan berkesan khusus untuk perkembangan dan
pembangunan pendidikan.
Ø Memastikan
amalan terkini diguna pakai selaras dengan dapatan penyelidikan kerana
melaluinya pelbagai isu dan permasalahan dapat dicungkil seterusnya tindakan
penambahbaikan dapat dilaksanakan.
Ø Melahirkan
citra masyarakat dan negara yang kreatif.
No comments:
Post a Comment