TEKANAN EMOSI
DALAM KALANGAN GURU
PENGENALAN
Perguruan adalah profesion
membantu yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan terhadap guru memang
berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami
tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru-guru adalah domain utama yang diamanahkan
dalam proses penerapan dan penyampai ilmu kepada anak watan, sama ada rela atau
tidak mereka dituntut untuk membangunkan diri dengan sebarang bentuk perubahan
serta pembaharuan yang berlaku dari masa ke semasa.
Stres merupakan satu penyakit
yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat
pada hari ini. Kesihatan mental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan
Kesihatan sedunia (WHO) adalah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni
dengan orang lain, ‘kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti
kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat’(Kempen
Cara Hidup Sihat, Kementerian Malaysia, 2000)
DEFINISI
Satu keadaan gangguan
emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Seringkali dalam kehidupan kita,
pekerjaan dan pembelajaran adalah dua
faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau
stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau
tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan
dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan.
Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita
tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan
berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.
Stress Menurut Pandangan
Pandangan Islam
Punca
stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan
itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan
dan kelemahan hati , ruh, nafsu dan akal.
• Kelemahan hati yang menyebabkan
rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya
menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati
yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah )
dan kerohanian ( ruhaniah)
BURNOUT
Burnout di definisikan sebagai
menyebabkan ketandusan daya emosi ( emotional exhaustion ), ketandusan daya
fizikal ( physical exhaustion ), penurunan sikap ( attitudinal exhaustion ) dan
perasaan kurang pencapaian dalam kerjaya ( low feeling of accomplishment ).
Terdapat banyak penulisan yang
membincangkan tentang sebab-sebab, simptom-simptom dan rawatan pada burnout.
Saodah Wok ( 2003 ) telah mengkaji ciri-ciri burnout, iaitu mereka yang
mengalami :
a) tekanan yang dialami adalah
disebabkan oleh hal-hal yang berkaitan dengan kerja.
b) mereka mirip berpendirian
idealistik dan berusaha mencapai kejayaan disebabkan oleh kemahuan sendiri
c) mereka berkemungkinan menunaikan
matlamat-matlamat yang bukan realistik
TEKANAN
DI KALANGAN GURU
Tekanan boleh berlaku kepada semua guru,
sama ada guru sekolah rendah, menengah atau peringkat pengajian tinggi. Faktor
stress di kalangan guru ialah
- Faktor
interpersonal-
>Konflik
dengan rakan, pekerjaan dan lain-lain
>Hubungan tidak baik, tidak dapat sokongan, kepercayaan dan kerjasama.
>Konflik dengan pihak atasan
>Hubungan tidak baik, tidak dapat sokongan, kepercayaan dan kerjasama.
>Konflik dengan pihak atasan
- Faktor
diri-
>Hubungan
suami/isteri (dalam keluarga)
>Sakit/penyakit
>Keinginan tidak tercapai
>Dendam dan iri hati
>Takut kebebasan
>Rasa bersalah
>Perpindahan/perubahan mengejut
>Sakit/penyakit
>Keinginan tidak tercapai
>Dendam dan iri hati
>Takut kebebasan
>Rasa bersalah
>Perpindahan/perubahan mengejut
- Faktor organisasi-
>
Semua kerja perlu segera -kesuntukan masa
> Beban kerja berterusan (kronik)
> Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas
> Bebanan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif
> Mengalami kebosanan di tempat kerja
> Merasakan idea sendiri yang betul
> Selalu salahkan orang lain
- Faktor kekurangan
sumber-
> Peraturan dan polisi
> Material
> Kewangan
> Manusia
- Faktor luaran-
> Bunyi bising
> Alam pekerjaan
> Suhu
> Persekitaran