TAHAP-TAHAP STRES
Kehidupan seharian memang terdedah kepada stress, jalanraya yang
sesak, anak-anak yang degil dan nakal, kos sara diri yang semakin meningkat,
cuaca yang semakin panas dan tidak menentu semuanya boleh menyumbang kepada
pembentukan stress. Kita perlu menyedari tahap stress dalam diri. Jika kita
sentiasa mengabaikan dan memberi penyembuhan yang betul, tahap stress ini akan
meningkat perlahan-lahan dan boleh mengakibatkan penyakit hingga ke tahap stress
tidak terkawal seperti amuk, masalah mental dll.
Terdapat tiga
peringkat stress yang perlu dikenalpasti iaitu:
1.
Tahap bersiap sedia dan berjaga-jaga
Simptom-simptomnya seperti kegelisahan, mudah berasa bimbang,
ketakutan, marah dan murung
2.
Tahap penentangan
Simptom- simptomnya seperti penafian, mengasingkan perasaan
kecewa iaitu tidak merasa sedih memikirkan kekecewaan lalu dan kurang minat
kepada hobi terdahulu
3.
Tahap kelesuan
Simptom-simptomnya hilang keyakinan diri, hilang rasa harga
diri, sukar untuk tidur, terlalu mudah marah, kebimbangan tidak bertempat,
masalah gangguan fizikal seperti mendapat penyakit yang berpunca dari stress
seperti darah tinggi, migraine, ulser dll Apabila kita stress, otak akan
memberi isyarat untuk berjaga-jaga bagi menghadapi stress atau ancaman yang
merangsang kelenjar mengeluarkan hormon glukokortikoid yang mengawal
metabolisme dan membina tubuh tetapi boleh meracuni saraf dan sistem lain dalam
badan apabila dikeluarkan berlebihan dan berpanjangan. Rembesan hormon dan
kimia otak ini akan menyebabkan pertambahan dengupan jantung, denyutan nadi dan
kandungan gula dalam darah. Seseorang akan menjadi lebih bersedia khususnya
dari segi penglihatan denga bukaan anak mata yang membesar, peningkatan daya
tumpuan dan ingatan, peningkatan kadar pembakaran gula dan lemak membuatkan
seseorang itu berasa panas serta dapat bergerak dengan pantas. Oleh itu adalah
sangat penting bagi kita untuk mengawal tahap stress secara sihat seperti
beriadah, bersosial, membuat jenaka ketika membincangkan permasalah yang berat,
menolong orang, mengangap permasalahan sebagai cabaran yang dipandang dari
sudut positif. Elakan daripada penafian terhadap masalah/stress yang mendatang
dengan mengalih stress kepada orang lain seperti memarahi orang lain atas
kesilapan diri, menuduh stress berpunca dari orang lain dan menyalahkan orang
lain, pelupakan masalah /stress dengan merokok, minum arak dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment